Search

[Politik]

Selepas apa yang terjadi kebe...

  • Share this:

[Politik]

Selepas apa yang terjadi kebelakangan ini, saya merasakan ada benarnya kenyataan Dr Asri tentang memisahkan antara agama & politik. Jangan salah faham maksud saya sebelum membaca lebih lanjut apa yang saya nak bincangkan.

Andai Islam digunakan untuk membimbing politik dan menyatu padukan umat Islam, itulah yang terbaik. Andai Islam digunakan untuk kepentingan politik kotor dan dihalalkan dengan nas dari Quran & Sunnah, maka lebih eloklah dipisahkan. Kenapa???

Kerana lebih banyak masyarakat Belum Islam menjadi keliru antara ilmuan agama yang berjuang di dalam parti politik masing-masing. Gelaran Ulamak & Ustaz tetapi bila bicara bab politik entah ke mana hilangnya adab dan akhlak yang patut dimiliki mereka yang bergelar ilmuan Islam. Apabila kemungkaran dilakukan oleh parti gabungan, mereka umpama syaitan bisu seribu bahasa tetapi lantang apabila dilakukan pihak lain.

Masyarakat Belum Islam sering terkeliru versi siapa yang betul dan versi mana yang salah. Orang Islam sendiri juga keliru.. Kenapa kalian sanggup melihat Islam dipolitikkan demi 'survival' parti masing-masing? Bagaimana orang Islam awam dapat bersatu sedangkan mereka yang berilmu dalam Islam sering bercakaran dan sindir menyindir baik dari PR, BN mahupun yang neutral...

Maaf, anda telah mengecewakan harapan kami yang ingin melihat perpaduan dan bukan perpecahan.....

{[;,~(


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts